Selasa, 6 Mac 2018

Resepi Bihun Goreng Special Dan Sedap Nyer

hai jumpa lagi dengan aku di blog blogopsi.com yang sangat sederhana ini. semalam suami meminta aku menyediakan bihun goreng untuk makan malam. 3 hari lepas, aku sangat kekeringan idea untuk sediakan hidangan makan malam untuk kami sekeluarga.

hari ini aku nak kongsikan resepi bihun goreng sedap dan sesiapa pun boleh menyediakan bihun goreng ini. tapi ada sahaja yang bihun nya sangat sedap berbanding dengan yang lain. pada resepi yang aku kongsikan ini, aku memasukan juga sotong.

hai jumpa lagi dengan aku di blog blogopsi Resepi Bihun Goreng Special dan Sedap Nyer

Resepi Bihun Goreng Sedap

sesungguhnya resepi ini sudah sedap kerana adanya rasa ikan bilis ditumbuk didalam perencahnya. selain itu aku juga menambahkan sayur adalah karot dan kubis. oke, cakap banyak pun tak berapa banyak guna. jadi jom kita layan resepi bihun goreng sedap dibawah.

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus bihun -  direndam dan di toskan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kicap elok jalen
  • 1 mangkuk udang dan sotong
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 mangkuk kubis
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 1 mangkuk karot - hiris memanjang
  • minyak masak secukupnya
  • gula, garam dan serbuk perasa 
Bahan Tumbuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 genggam ikan bilis - direndam
Bahan Untuk Hiasan
  • cili merah
  • bawang goreng
  • daun sup
Cara Buat Bihun Goreng Sedap
hai jumpa lagi dengan aku di blog blogopsi Resepi Bihun Goreng Special dan Sedap Nyer

#1: agar sambal bihun lebih sedap, tumis hirisan bawang besar hingga naik bau. lalu masukan materi tumbuk dan kacau rata. masukan cili kisar dan kacau rata. gunakan api kecil biar cili benar-benar garing dan masak.

#2: setelah cili garing masukan gula, garam, kicap, sedikit air, dan sos tiram dan masak kembali sehingga terbit minyak. jikalau sudah terbit minyak masukan karot dan untuk melembutkan karot masukan juga sedikit air.

#3: bila karot sudah setengah lembut masukan sotong dan kacau rata sekejap. masukan bihun dan kacau sehingga bihun lembut. 

#4: masukan sayur kubis dan jikalau sayur dah lembut tutup api dan hidangkan bersama hiasan tadi.

Nota: jikalau bihun belum cukup lembut dikala memasak boleh memasukan air sedikit demi sedikit.

hingga disini sahaja resepi bihun goreng sedap yang aku kongsikan dan hingga jumpa di resipi seterusnya ya.


EmoticonEmoticon