Jumaat, 27 April 2018

Berjalan Jalan Di Hyde Park


Setiap kali ke London, niscaya kita akan mengunjungi Hyde Park tanpa menduga berapa kali kita ke sini. Ianya bukan sahaja bagus untuk bergambar tetapi juga sangat mendamaikan.  Berjalan di taman di daerah kita, panas dan berpeluh. Tapi di sana ibarat berada di dalam aircond yang besar. 

Hari terakhir di London iaitu 8 Januari, kami berlima mengambil bas untuk ke Hyde Park. Bertukar 2 bas juga kerana kami ingin masuk melalui Kensington Gate. Kami berjalan melalui memorial Princess Diana sebelum melalui jambatan. 


Di bawah jambatan kelihatan banyak itik dan swan. Kami turun bergambar di situ. memang nampak sangat bagus bila dilihat dari atas tapi bila berjalan kena berhati hati kerana banyak tahi itik. Hahaha 


Selepas bergambar, aku bersama Hubby dan Juita berjalan kaki balik ke apartment yang rupanya tidak jauh sahaja kalau berjalan melalui jalan dalam taman. Tetapi problem cuaca yang terlalu sejuk mengakibatkan kita tidak berapa selesa berjalan kaki. 

Manakala Nelly dan Aween pula berjalan kaki keluar dari Hyde Park untuk urusan di Selfridges yang belum selesai. 



Sumber http://www.aziekitchen.com/


EmoticonEmoticon