Isnin, 21 Mei 2018

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin


Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin

 
Hari jadi aku tahun ini lebih istimewa dari tahun tahun sebelumnya. Pertama kerana rezeki aku dimurahkan. Penglibatan aku sebagai blogger yang bermula hanya atas dasar dan niat ingin berkongsi ilmu, sekarang menyebabkan aku dikenali dan menpunyai ramai follower yang mewarnai baki baki usia saya. Kedua, aku menerima surprise birthday cake dan diraikan rakan rakan sekerja yang memang menceriakan hari saya. Boleh klik di SINI. Ketiga menerima hadiah dari Hubby yang berupa brooch kristal yang sangat cantik. Berulang kali aku membeleknya. Cantik dan sesuai dengan citarasa saya. Dan yang paling istimewa ialah saya bergambar dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sehari sebelumnya. Tengku Permaisuri dikala itu sudah hendak menaiki kenderaan rasmi bersama DYMM Sultan Selangor. Tapi mendengar usul aku untuk bergambar, Tengku Permaisuri berpatah balik dan terus pose. Saya mengenali Tengku Permaisuri semenjak ia membaca info di RTM. Kalau selebriti lain, aku tak kenal dan tak ingat pun nama, apalagi wajah mereka. Tapi tidak dengan Tengku Permaisuri, di mana bukan sahaja ingat nama tapi juga rupa paras sekali. Kini, sesudah bergelar Tengku Permaisuri Selangor, lebih lebih lagi dikenali. 

Serious, Tengku Permaisuri sangat cantik, sangat tepat di mata aku bagi seorang perempuan Melayu. Secantik gambar. Alangkah bertuah bila aku menjadi secantik Tengku Permaisuri. Tinggi lampai dengan potongan tubuh yang cantik, berkulit putih kemerahan yang gebu mulus, gigi yang manis tersusun putih kolam mutiara. Sepanjang beberapa jam berada dalam majlis dengan Tengku Permaisuri, ia sentiasa dalam keadaan manis dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Saya memang seorang yang sangat teliti potongan penampilan. Saya akan melihat seseorang dari rambut sampai ke kaki gitu. Cara Tengku Permaisuri duduk, berdiri, berjalan semuanya cut out of a Queen. Cara bertutur, cara senyum, cara ketawa semuanya kelihatan manis, anggun dan berpenampilan.




Saya memang meminati golongan kerabat semenjak di dingklik sekolah menengah lagi. Sekali sekala, penampilan yang sangat anggun Tengku Permaisuri, ada iras dengan Raja Dato' Sri Eleena Sultan Azlan Shah yang juga merupakan antara perempuan anggun yang aku minati. Bukan sahaja Raja Eleena tetapi juga Bonda beliau, Tuanku Bainun juga antara perempuan yang aku minati.



Sesungguhnya aku sangat bertuah kerana berpeluang bergambar berdua dengan Tengku Permaisuri. Inilah hadiah harijadi yang paling manis dan teristimewa untuk tahun ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Permaisuri...


Sumber http://www.aziekitchen.com/


EmoticonEmoticon