Resepi Ayam Bakar Madu Sedap dan Simple

Resepi Ayam Bakar Madu – Ayam bakar sememangnya sudah sangat popular di suka oleh banyak orang. Hidangan yang sangat lazat ini jika disajikan bersama nasi putih memang sangat cocok untuk lidah orang Asia. Ayam bakar boleh menjadi menu spesial pada saat makan tengahari ataupun makan malam. Ayam bakar juga boleh disajikan pada saat arisan, hari lahir, dan hari raya.

resepi ayam bakar madu

Jika kita biasanya hanya makan ayam bakar biasa, tiada salahnya jika kita cuba membuat ayam bakar madu. Pada asasnya cara memasak ayam bakar madu tidak berbeza dengan memasak ayam bakar secara umum. Ia memerlukan satu bahan tambahan, iaitu madu. Ini akan membuat rasa ayam menjadi manis, lazat dan sedap. Meskipun rasanya sedap, sangat jarang kedai makan yang menjual menu ayam bakar madu. Oleh itu kita boleh cuba membuat ayam bakar madu sendiri di rumah. Untuk bahan yang diperlukan dalam resepi ayam bakar madu ini tidak sukar.

Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan

  • 2 ketul ayam bahagian dada
  • 4 ulas bawang putih – di tubuk
  • 1 inci halia – di tumbuk
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu madu
  • serbuk cili
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Baca juga: resepi chicken chop

Cara masak ayam bakar madu

  1. Masukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam ke dalam bekas. Gaul hingga sekata.
  2. Sapukan bahan perapan kepada ayam dan perap selama 3 jam.
  3. Masukkan ayam dalam oven dengan suhu 200 darjah selama 30-40 minit hingga masak.
  4. Angkat ayam dari oven dan sejukkan.

Baca juga: resepi ayam butter

Sekianlah resepi ayam bakar madu yang boleh saya kongsi pada hari ini. Mudah-mudahan boleh membuat rasa makan anak bertambah dengan makanan yang ia suka. Nanti saya akan juga mencuba resepi ayam bakar lainnya tetapi sebelumnya anda boleh baca resepi masakan ayam lain. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Advertisement
loading...
Resepi Ayam Bakar Madu Sedap dan Simple | myresepi | 4.5