Resepi Ayam Masak Paprik Sedap dan Simple

Resepi Ayam Masak Paprik – Sekarang saya nak kongsi resepi Thailand lainnya yang bernama Ayam Paprik. Resepi ni memang berasal dari negara Thailand oleh itu dinamakan masakan ala thai. Resepi ayam masak paprik selalu menjadi bahan pencaharian orang pada saat acara-acara rasmi seperti perkahwinan atau majlis di perkantoran.

resepi ayam masak paprik

Resepi ni saya lihat ketika berkunjung ke rumah teman di KL. Ia memang pandai masak masakan ayam, utamanya ayam masak paprik. Masa ia masak saya selalu lihat cara memasaknya kerana rasa dan warnanya sangat cantik dan buat terliur. Masakan ini memang sangat sedap kerana dengan kuah pekatnya. Apalagi disajikan secara panas dan dibuat oleh ahlinya, buat lidah ingin menari sahaja. Resepi ni sangat sedap dan simple pembuatannya.

Resepi Ayam Masak Paprik

Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam di hiris kecil
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 biji bawang besar di belah dua dan di hiris bulat besar
  • 1 biji cili merah di hiris
  • 11 biji cili api di pecah
  • 2 helai daun limau purut di siat
  • bunga kobis di hiris kecil
  • 2 biji putik jagung di hiris
  • 1/2 biji karot di hiris
  • 2 biji kacang panjang di potong 1 inci
  • 2 sudu makan cili kering di kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam secukupnya

Baca juga: resepi tomyam ayam pekat

Cara masak ayam paprik

  1. Tumis bawang putih sehingga naik wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sehingga rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga semua sayur empuh.
  8. Tutup api dan ayam paprik siap dihidangkan.

Baca juga: resepi satay ayam

Itulah resepi ayam masak paprik yang boleh saya kongsikan hari ini. Kalau nak lebih pedas, boleh tambah cili api. Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit air lagi. Pandai sorang lah sesuai selera rasa masing-masing. Anda pasti nak cuba sendiri buat tomyam di rumah kan? Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Advertisement
loading...
Resepi Ayam Masak Paprik Sedap dan Simple | myresepi | 4.5