Resepi Bihun Goreng Sedap dan Simple

Resepi Bihun Goreng – Bihun merupakan salah satu jenis mi yang mempunyai tekstur yang nipis dan berwarna jelas. Hampir semua orang suka bihun kerana ianya sangat mudah untuk dicerna. Untuk memasak masa ini, anda boleh menggunakan bihun sebagai bahan utama. Dan bihun goreng boleh menjadi satu hidangan untuk makan tengahari atau makan malam. Masakan ini juga boleh menjadi teman apabila anda mahu untuk mencipta hidangan yang mudah dan cepat.

resepi bihun goreng

Resepi bihun goreng rasanya sedap dan mudah buatnya, tetapi jika anda tidak melakukannya dengan baik, maka bihun yang akan akan melekat antara satu sama lain. Dalam resipi ini, anda akan mendapat petua masakan untuk membuat bihun goreng tidak melekit apabila dimasak supaya hasilnya akan kelihatan cantik dan sedia untuk dihidangkan. Di samping itu, anda boleh menambah sayur-sayuran atau daging dan sosej ke dalam hidangan bihun goreng anda. Ini akan membuat anda hidangan bihun goreng menjadi lebih sedap.

Resepi Bihun Goreng

Bahan-bahan

  • Satu bungkus bihun
  • 1 ulas bawang besar – di hiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 gengam ikan bilis – di rendam
  • 1/2 gengam udang kering – di rendam
  • 1/2 sudu cili kering – di kisar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap
  • 1 mangkuk kecil taugeh – di bersihkan
  • 1 mangkuk kecil sawi – di potong
  • bawang goreng
  • daun sup
  • air secukupnya
  • garam, gula dan perasa sesuai selera
  • 1 sudu minyak masak untuk menggoreng

Baca juga: resepi maggi goreng

Cara masak bihun goreng

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.
  2. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan yang di tumbuk tadi dan kacau hingga rata dan naik bau.
  4. Masukkan cili kering dan kacau hingga rata.
  5. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  6. Masukkan air dan tunggu hingga pecah minyak.
  7. Masukkan bihun dan tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun. Gunakan api sederhana.
  8. Masukkan sawi dan taugeh. Kacau sekali-sekali supaya sayur sekata.
  9. Tabur bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan.

Baca juga: resepi spaghetti bolognese

Bihun goreng sangat sesuai jika dimakan ketika panas. Oleh kerana itu, jika cuaca hujan anda boleh mengisi masa dengan memasak hidangan ini. Resepi bihun goreng sangat sedap dan simple untuk dibuat terutamanya dengan variasi seperti pemadat sayur-sayuran dan daging atau sosej yang menambah selera makan.

Advertisement
loading...
Resepi Bihun Goreng Sedap dan Simple | myresepi | 4.5