Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Jagung – Masa pulang kampung hari raya lalu, nampak deretan gerai di tepi jalan jual jagung. Teringin pula nak makan bubur jagung untuk di kampung. Berhenti lah sejenak untuk singgah beli jagung mentah di satu gerai tepi jalan tu. Tak sabar sampai kampung nak rasa bubur jagung yang sedap dan mudah buatnya. Jom kita intai resepi bubur jagung. Anda boleh menambah bubur kacang hijau untuk meramaikan rasanya.

Resepi Bubur Jagung

resepi bubur jagung

Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung di hiris
  • 1 kotak santan
  • 4 cawan air
  • gula merah melaka secukupnya
  • gula pasir secukupnya
  • 1/2 cawan sagu biji
  • daun pandan
  • garam secukupnya

Cara buat bubur jagung

  1. Didihkan air di dalam periuk sehingga menggelegak.
  2. Masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu kembang.
  3. Lepas tu, masukkan sagu ke dalam bekas dan biarkan sampai sejuk.
  4. Masukkan biji jagung, santan, gula melaka, gula pasir, dan daun pandan ke dalam periuk.
  5. Masak jagung dengan api sederhana sehingga kuah mendidih dan jagung empuk.
  6. Kacau sekali-sekali dan boleh masukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur jagung.
  7. Terakhir masukkan sagu dan kacau sehingga semua bahan mesra.

Baca juga: resepi pengat pisang

Resepi Bubur Jagung Bersagu

resepi bubur jagung bersagu

Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah – dihiris nipis
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar sagu – dibasuh dan toskan (jangan direndam)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 100 ml santan pekat
  • 1,5 L air
  • secubit garam

Cara buat bubur jagung bersagu

  1. Masukkan santan pekat yang telah dicampur air ke dalam periuk.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris dan secubit garam.
  3. Masak bubur jagung dengan api sederhana dan kaca hingga mendidih.
  4. Masukkan gula pasir, sagu dan gula merah, kacau hingga sagu menjadi jernih.
  5. Masak hingga matang dan bubur siap dihidangkan.

Baca juga: resepi bubur kacang hijau

Resepi bubur jagung sedap dan mudah sudah siap. Kalau masih kurang manis, boleh tambah gula. Kalau terlalu pekat, boleh tambah santan atau sedikit air. Atur sendiri lah sesuai selera rasa. Bubur jagung paling sedap dihidangkan petang petang. Bila suka resepi ini, boleh lah di share.

Advertisement
loading...
Resepi Bubur Jagung Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5