Resepi Ikan Bakar Sedap dan Simple

Hari ini saya akan kongsi resepi ikan bakar berempah dan bersambal. Ada pelbagai menu yang dibakar, tapi saya rasa ikan bakar menjadi satu opsi terbaik. Ikan bakar menjadi makanan yang sesuai dihidangkan pada makan tengahari. Masak menu ikan bakar memang senang je buatnya tetapi tak terlalu mudah. Kunci ikan bakar yang sedap ialah pada rempah yang digunakan. Ikan bakar yang mempunyai bau rempah meresap lebih digemari oleh ramai orang.

resepi ikan bakar

Resepi ikan bakar boleh menjadi hidangan ketika bercuti atau hari istimewa anda boleh meraikan bersama-sama dengan keluarga. Masak ikan bakar boleh menjadi satu kesukaan keluarga saya bila dah jemu makan ayam. Well, ini mungkin adalah satu idea untuk makan tengahari atau makan malam anda kerana banyak orang-orang yang suka ikan bakar. Masakan ini tidak memerlukan bahan-bahan yang susah. Saya juga memberitahu petua perap ikan bakar boleh meresap ke dalam dagingnya. Jom kita layan resepi dibawah ini.

Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan (cencaru/bawal/kembung/pari) – di bersihkan dan di belah tengah
  • 1/2 sudu besar kunyit serbuk – di kisar
  • 1/2 sudu besar cili – di kisar
  • 1 biji halia – di kisar
  • 1 biji bawang besar – di kisar
  • 3 ulas bawang putih – di kisar
  • 2 batang serai – di kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 keping gula melaka
  • 100 ml air
  • garam secukup rasa

Baca juga: resepi ikan tongkol masak merah

Cara buat ikan bakar

  1. Masukkan serai, kunyit, halia, cili, bawang putih, bawang besar, serbuk kari, sos ikan, gula melaka, garam dan air. Gaul hingga sekata.
  2. Oleskan bahan tersebut pada ikan. Sumbat bahan perap dalam perut ikan juga. Perap selama 30 minit.
  3. Panggang di atas dapur dan sekali-sekali di pusingkan hingga masak sempurna.

Baca juga: resepi ikan goreng tepung

Oleh itu, itulah resepi ikan bakar yang anda boleh cuba sendiri di rumah anda. Anda boleh membuat ikan rangup di luar tetapi mempunyai tekstur yang lembut di bahagian dalam. Malah, dengan bumbunya meresap melalui daging dengan bau rempah yang kuat. Semoga berjaya dengan ikan bakar yang lazat ini.

Advertisement
loading...
Resepi Ikan Bakar Sedap dan Simple | myresepi | 4.5