Resepi Ikan Keli Berlada Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Keli Berlada – Hari ni memang tak ada merancang masak ikan apa. Lihat ada mak cik di pasar jual ikan, terfikir nak masak ikan keli. Ada yang tak kenal ikan keli? Kalau tak kenal, cuba pergi ke pasar tengok ada mak cik jualan ikan. Banyak pasar basah yang jual ikan keli dalam keadaan masih hidup. Ikan keli agaknya tak sesuai untuk letak lama dalam peti ais. Tak macam ikan laut, ikan air tawar lebih cepat berbau. Oleh itu, mesti masak langsung jangan lama-lama dalam peti ais.

resepi ikan keli goreng berlada

Ikan keli ni murah daripada ikan-ikan lain. Ada yang suka makan ikan keli dan ada juga yang tak suka kerana baunya kot. Tetapi pandai-pandai buatnya lah. Nah, resepi ikan keli yang saya kongsikan hari ni menggunakan versi goreng berlada. Ya memang sedap ikan keli berlada ni. Selera makan anak-anak memang banyak ikut saya, tak cerewet nak makan apa je. Yang penting rasanya sedap. Untuk anda yang nak cuba masak ikan keli berlada, jom tengok cara masak ikan keli berlada.

Resepi Ikan Keli Berlada

Bahan-bahan

  • 10 ekor ikan keli sederhana besar
  • 6 biji cili merah
  • 5 biji cili padi merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 3 biji lada besar (cili solok)
  • 2 biji bawang besar – di belah 4
  • 6 tangkai cili kering – di rendam dan basuh
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula secukup rasa

Baca juga: resepi ikan kerisi

Cara bersihkan ikan keli

  1. Ikan keli yang di beli di pasar telah sedia di potong hujung kepala dan di belah perutnya.
  2. Untuk memudahkan ikan keli yang licin dan berlendir, anda mesti masukkan ikan keli ke dalam sebuah besen bersama beberapa sudu garam besar dan jus limau kasturi.
  3. Tutup besen dengan tudung periuk dan goncang. Ketepikan selama 5 minit.
  4. Ambil limau kasturi dan gosokkan ke atas badan ikan keli.
  5. Basuh ikan keli dan rasakan sendiri ikan keli sudah berkurang lendirnya sehingga mudah dipegang.
  6. Bersihkan semua bahagian isi perut, insang, dan darah beku di bahagian kepala untuk menghilangkan anyir.
  7. Potong kedua patil dan sirip ikan. Cuci dengan air bersih.
  8. Perapkan dengan limau kasturi dan garam selama 10 minit. Akhir sekali dibersihkan.

Cara masak ikan keli berlada

  1. Selepas ikan di bersihkan, lumur ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gaul hingga rata.
  2. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan.
  3. Tumis cili merah, cili padi merah, cili padi hijau, cili kering, lada besar, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup hingga garing.
  4. Tuangkan 1/2 cawan air, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga masak dan bahan tadi menjadi kering sedikit.
  5. Curahkan sambal tadi ke atas ikan keli.

Baca juga: resepi ikan tenggiri masak kicap

Resepi ikan keli berlada paling sedap dan mudah telah siap disediakan untuk keluarga anda. Seekor ikan keli goreng berlada di kedai boleh dijual RM5.00. Mahal, lagi tak puas anak-anak makan di kedai kerana lebih sedikit. Oleh itu cuba resepi ini sendiri di rumah. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Advertisement
loading...
Resepi Ikan Keli Berlada Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5