Resepi Kek Batik Coklat Lembut dan Mudah

Hari ini saya akan kongsikan resepi kek batik coklat. Kek batik menjadi salah satu kek popular di Malaysia. Kalau nak sebut kek, memang agak susah jumpa yang betul-betul sesuai selera tekak. Beli di kedai biasanya keras dan salutan coklat di permukaan kek hanya sedikit. Nasib baik ada yang sudi share cara buat kek batik tetapi saya lupa siapa yang buat.

resepi kek batik

Kek batik memang sangat unik kerana ia memerlukan kreativiti supaya kek seperti batik. Resepi ini sangat simple dan semua orang boleh cuba buat sendiri di rumah. Kek batik coklat dengan biskut marie ini salah satu jenis kek yang dibuat tanpa perlu memasaknya. Tapi anda tak boleh guna sebarang tepung sebab tak sedap kek nya. Kek ini biasanya ramai dicari semasa bulan Ramadhan tiba. Banyak versi kek batik, boleh jadikan kek batik cheese, boleh juga gunakan taburan oreo atau nutella di atas permukaannya. Saya jamin anda pasti berpuas hati mencuba resepi di bawah ini.

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan

  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut Marie

Baca juga: resepi kek milo bakar

Cara buat kek batik

  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek tadi dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.

Baca juga: resepi pancake gebu

Selamat mencuba resepi kek batik coklat lembut dan mudah. Anda boleh kurangkan susu pekat manis di dalam resepi bila tidak mahu manis sangat. Kalau suka kek yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit.

Advertisement
loading...
Resepi Kek Batik Coklat Lembut dan Mudah | myresepi | 4.5